KEUNTUNGAN FOREX REBAT PULANGAN TUNAI
Disember 25, 2018 No Comments BLOG. CT-Nor

APAKAH REBAT PULANGAN TUNAI

Dalam perdagangan pasaran kewangan forex rebat pulangan tunai (bukan dana bonus) bukanlah perkara asing kepada trader forex.

Rebat pulangan tunai atau di panggil Rebate cash back dalam perdagangan Forex, ia adalah pengembalian sebahagian dari spread atau komisen yang telah dibayar oleh trader kepada firma ketika trader membuka posisi (open entry) atau transaksi perdagangan Forex.

Kadar rebat pulangan tunai dikira setelah penutupan atau close order transaksi (CFD, termasuk mata wang kripto dan tidak diambilkira melalui volume)..

Untuk mendapatkan Akaun dagangan yang mempunyai rebat pulangan tunai, selalunya trader mendaftar atau membuka akaun dagangan melalui pautan afiliasi Rakan IB atau Firma Forex.

 

PENGIRAAN REBAT PULANGAN TUNAI

Trader melakukan transaksi EURUSD sebanyak 1 lot standard dengan spread 2 pips. Saat transaksi dibuka -2pips (atau $20) telah dibayar kepada broker.

Melalui sistem rebat pulangan tunai, pelebaran (spread) terdahulu ( -2pips @ $20) sebahagiannya dikembalikan kepada trader akaun melalui sistem pembayaran rebat yang disediakan oleh broker.

Contoh transaksi diatas sekiranya rebat sebesar 0.75 pips (dari 2pips), maka trader akan mendapatkan rebat pulangan tunai sebesar $7.5,

Kesimpulan, jika (contoh) dalam sebulan anda melakukan transaksi sebanyak 20 lot standard;  20 lot x $7.5 = $150.  

Kadar pulangan tunai atau rebate kebiasaannya pada kiraan pips, jumlah lot, atau peratusan komisen (bergantung kepada IB atau Firma forex).

 

ADAKAH SEMUA FIRMA FOREX MENYEDIAKAN REBAT PULANGAN TUNAI?

Tidak semua broker forex mengembalikan atau menyediakan rebat pulangan tunai kepada trader.

Anda perlu bertanya secara langsung kepada penyedia afiliasi IB atau firma forex anda (sekiranya anda telah mempunyai akaun dagangan)

Semakin tinggi dan banyak jumlah dagangan bulanan pada akaun, semakin banyak rebate cash back yang bakal diperolehi.

 

About The Author

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.