CRYPTO N FOREX
Invest Trade Profit Rewards
Support dan resistance merupakan asas dan tunjang merangkumi Analisa Teknikal dan Analisa Fundamental yang berdasarkan konsep supply (penawaran) & demand (permintaan).
Gagal memahami asas SNR ini bakal memberikan impak negative dalam trading anda.
Ketika permintaan (demand) naik (uptrend) dan penawaran (supply) turun (downtrend) : maka harga akan naik.
Sebaliknya jika penawaran (supply) naik (uptrend) dan permintaan (demand) turun (downtrend) harga akan turun.
Maka, untuk menghitung semakin besar / kuat “supply” atau “demand’ adalah dengan mengenali level support dan resistance.
SUPPORT : Iaitu Aras, point atau titik terendah pergerakan harga sebelum ia naik.
RESISTANCE : Iaitu Aras, point atau titik tertinggi pergerakan harga sebelum ia turun.
MANAFAAT DAN KEUTAMAAN SUPPORT & RESISTANCE
Adalah untuk menentukan trend sesuatu pergerakkan harga yang meliputi strategi;
1. BREAKOUT TRADING FOREX.
iaitu gerakan menembusi area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa level Support atau Resistance masih kuat.
1) Jika pergerakan harga menembus garis resistance, maka trend pasarnya sedang Bullish(naik).
2) Jika pergerakan harga menembus garis support, maka trend pasar sedang Bearish (turun).
2. BOUNCE / REVERSAL TRADING FOREX
iaitu gerakan pantulan dari area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa level Support atau Resistance mencapai level jenuh beli atau jual.
3) Jika pergerakan harga memantul terhadap garis Resistance, maka trend pasar adalah Bearish dan Market akan cenderung turun untuk mengejar support.
4) Jika pergerakan harga memantul terhadap garis Support, maka trend pasar sedang Bullish dan Market akan cenderung naik untuk mengejar resistance.
FENOMENA REVERSAL
Pembalikan gerakkan harga berlaku apabila “Support atau Resistance” telah bertukar fungsi pada satu garisan atau zone dikenali sebagai SBR (Support become Resistance) dan RBS (Resistance become Support).
1. Support Become Reversal
Harga berhasil breakout di “Support” lalu membentuk New Low (New Support).
Harga kemudian RETRACE kembali ke garis Support sebelumnya tetapi tidak berhasil break, maka pertukaran fungsi pada garis tersebut menjadi “Resistance”.
2. Resistance Become Support
Harga berhasil breakout di “Resistance” lalu membentuk New High (New Resistance).
Harga kemudian RETRACE kembali ke garis Resistance sebelumnya tetapi tidak berhasil break, maka pertukaran fungsi pada garis tersebut menjadi “Support”
Kesimpulan.
Tanda breakout benar (valid) & breakout palsu (false) melepasi atau tidak “TRENDLINE”.
Support dan Resistance digunakan sebagai asas menentukan entry ketika trading forex :
1) BUY (beli): apabila harga sudah tembus atau valid breakout terhadap resistance atau ketika pergerakan harga gagal menembusi support dan menunjukkan signal untuk berpaling arah menjadi bullish (naik).
2) SELL (jual): apabila harga menembusi atau valid breakout terhadap support atau ketika pergerakan harga gagal menembus resistance dan menunjukkan signal untuk berpaling arah menjadi bearish (turun).
KEMBALI KE : ASAS ANALISA DAGANGAN MATAWANG