IDEA: MEMBANGUNKAN SISTEM TRADING SCALPING, INTRADAY ATAU SWING
September 27, 2014 1 Comment BLOG.,SISTEM DAGANGAN Zade

APAKAH SISTEM TRADING?

Aturan atau analisa awal sebagai signal trading yang digunakan oleh trader secara terus menerus atau berulang-ulang berdasarkan prinsip analisa teknikal atau fundamental dalam aktiviti jual-beli pasaran kewangan.

Sebelum membina sebuah sistem trading sendiri, kefahaman asas pelaburan dan dagangan amat diperlukan.

Pastikan anda membaca sehingga selesai, supaya tidak menyesal kerana mengabaikan peluang yang terkandung didalam artikel ni.

CARA BINA SISTEM TRADING

Di dalam sistem trading pada pasaran kewangan seperti forex, kripto, option, komoditi dan saham mempunyai perlaksanaan pelan tertentu bagi meningkatkan hasil trader dengan mantap, ia meliputi :

1. Pilihan aset dagangan

Forex : pasangan matawang seperti EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY, USD/CAD, AUD/USD (dan sebagainya)

Kripto CFD : pasangan BTC/USD, LTC/USD, XRP/USD,  ETH/USD (dan bnyak lagi)

Tradisional KRIPTO : Bitcoin dan Altcoins.

2. Waktu dan rangka masa Sistem trading.

Rangka masa (time frame) trading pada M15 untuk scalper, H1/H4 intraday, D1 Swing atau W1/MN untuk position trader.

3. Ukuran Volume Sistem trading.

Volume adalah jumlah dagangan instrumen atau saham atau kontrak yang di dagagangkan dalam tempoh tertentu. Kebiasaannya dalam tempoh sehari. Namun terpulang kepada tempoh masa (time frame) kebiasaan pada pedagang itu sendiri.

Trader akan menggunakan parameter seperti indikator tertentu untuk mengetahui jumlah kecairan (liquidity volume) suatu aset untuk mendapat gambaran pergerakan pasaran.
Ini dapat membantu trader menilai apakah trend akan berterusan atau akan berlaku pembalikkan trend.

4. Titik entry dan exit Sistem Trading.
Untuk ada tiga cara menentukan target profit untuk trader trend yang paling populer, iaitu Waves, Fibonacci Extension, dan Pivot Points.

5. Pelebaran stop-loss dan take-profit pada sistem trading.

Untuk menentukan stop loss dan take profit adalah bergantung dari sistem trading yang digunakan.

Contoh : membuka posisi saat break resistance – tempat stop loss dipasang beberapa pips dibawah support.

5. pengurusan risiko kewangan dalam sistem trading.

Rancang kewangan tidak melebihi 20% (saranan 10% -15% berdasar margin), penguasaan pada psikologi, management risiko juga aspek yang perlu di titik beratkan supaya akaun tidak berdepan dengan margin-call (MC).

Trader perlu realistik dan jangan agressif – pengurusan kewangan merangkumi item yang di sebutkan di atas (huraian di artikel lain 😁)

Mesti anda pernah mencari sistem trading di internet, sudah tentu anda menemui pelbagai sistem trading baik yang percuma mahupun berbayar.

Seorang trader yang berpengalaman akan memiliki sebuah sistem trading yang telah dikuasainya dan diguna pakai sesuai dengan standard operating procedure (S.O.P) sistem tersebut.

STRATEGI ASAS SISTEM TRADING.

Seperti kita sedia maklum sistem dagangan berdasarkan mana-mana daripada 2 konsep analisa dagangan, boleh di pelajari di Analisis Teknikal dan Analisa Fundamental.

1. SISTEM TRADING SCALPING

Cara membesarkan akaun dari modal 100usd dengan sistem trading scalp.

Ini menggunakan kaedah scalping, hanya mencari minimum profit sebanyak 10pips (100point di akaun 5 decimal).

Scalping M15 Burst 100 usd
Gandakan modal 100 usd dengan scalping.

• Time Frame : M15 (trend) – M1 (entry)
• Indikator : EMA 50 dan EMA 100
Volume : AO (AWESOME OSCILIATOR) dan MACD 35-75-7 (Mewakili AO-H1)
• Take Profit : 5-10pips (100points pada akaun 5decimal).
• Stop Loss : 10pips atau di bawah / di atas candle sebelum, pada time frame M15 (penulis jarang guna stop loss ketika scalp trade).

Signal Trend Sistem Trading Scalping
Pada time frame M15
Uptrend diukur apabila harga (candle) berada di atas EMA 50 dan EMA 100 dan MACD bar histogram berada di atas garisan “0”
(untuk melihat downtrend, ianya berlawanan dari sifat uptrend yang dinyatakan)

Entry Pada Sistem Trading Scalping.
Setelah dikenal pasti trend melalui “signal trend” di time frame M15

Untuk trade “beli”
1. Jika signal trend menunjukkan UPTrend, hanya cari potensi posisi beli (long) sahaja.
2. Apabila AO di M15, telah menunjukkan 1 bar histogram berwarna hijau….
3. Tukar chart kepada time frame M1 – buka posisi beli apabila AO bar histogram telah bertukar hijau.

Untuk trade “jual”
1. Jika signal trend menunjukkan DOWNTrend, hanya cari potensi posisi jual (short) sahaja.
2. Apabila AO di M15, telah menunjukkan 1 bar histogram berwarna merah…
3. Tukar chart kepada time frame M1 – buka posisi jual pabila AO bar histogram telah bertukar kepada merah.

Untuk tidak trade!
1. Apabila kondisi market seperti sideway.

Senang bukan? ahaha, where got easy money bro! no such things easy money! gunakan akaun demo sebelum anda nak apply strategi sistem trading.

Apakah Yang Perlu Dilakukan Apabila Sistem Trading Anda Gagal?

Perlukan penambahbaikan dari sistem sedia ada.

Terdapat banyak sistem trading tersedia dengan kaedah yang pelbagai di pasaran kripto dan Forex (google kan sahaja) untuk digunakan ketika berdagang. 

Walau bagaimanapun, suatu ketika nanti anda akan menyedari perlu dan pentingnya membangunkan sistem trading anda sendiri.

Maka, setelah mengenali dasar dan asas perdagangan crypto dan forex serta telah memahami konsep analisa dagangankini tibalah masa cara membangunkan sebuah “sistem trading”. 

IDEA STRATEGI DAN TEKNIK SESEBUAH SISTEM TRADING

Berikut, disertakan strategi dan teknik untuk kegunaan bertrading atau latihan (backtest). Moga perkongsian ini dapat memberi manafaat bersama. 

Cuba membuat pengalaman trading anda sendiri senyata mungkin didalam Akaun Demo, berdisplin, rancang target keuntungan dan kerugian harian dan lain-lain (kiraan berdasarkan modal yang mungkin anda letakkan ke dalam akaun sebenar) kerana ia adalah cara terbaik anda boleh mempersiapkan diri dalam perdagangan / perniagaan FOREX dengan wang dan akaun sebenar.

Nota : teknik dan strategi di lampirkan di bawah adalah sebagai panduan dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya anda mengalami kerugian ketika menggunakannya.

Apabila anda mencari broker yang betul, anda perlu memastikan bahawa ia adalah syarikat yang boleh dipercayai dan yang disukai oleh pedagang dari seluruh dunia.

Orite, teruskan menguji teknik ini petunjuk untuk “Scalp Trade” (atau intraday dalam “Advance” artikel seterusnya) pada akaun demo. Seperti yang dikatakan di bawah ini adalah strategi perdagangan hampir sama. Satu-satunya perbezaan ialah tahap sasaran keuntungan diambil. Anda harus menguji 3 tahap keuntungan yang berbeza dan lihat mana yang memberikan kadar keuntungan tertinggi. Jelas sekali pasangan mata wang akan mempunyai tahap keuntungan yang berbeza dan perkara yang paling penting mesti mempunyai “LOW SPREAD”
Strategi ini mengambil keuntungandari Rangka Masa @ TimeFrame:
✪ M1: 10-20pips
✪ M5: 25-35pips
✪ M15 atau M30: 35-50pip
* Dapat memperoleh sehingga 100 pips jika anda dapat menangkap catatan pada waktu yang tepat untuk Intraday.
* Stop Loss: ikut pengurusan wang anda @ disyorkan 15-35pips
Rangka Masa: M1, M5, M15.
Techniq: Scalping
Pasangan Mata Wang:Mana-mana pasangan major khas pada GBPUSD, EURUSD, USDJPY. dan Lain-lain.
Amaran Risiko:
✪ menerapkan strategi ini pada sesi pasaran London dan Amerika Syarikat sahaja.
✪ Elakkan Pada keadaan pergerakan pasaran yang lambat @slow (misalnya Sideway) dan elakkan semasa SIARAN BERITA Forex  (Rujuk forexfactory.com *mungkin pada newbies kurang faham maksud ini).
Lupakan strategi ini jika broker semasa anda “Spread” di atas 1.6pips. * Ambil kesempatan berlatih @ uji strategi ini di Demo Akaun ber “Spread” rendah DISINI ….. dan jika anda berpuas hati, sila menggunakan strategi ini pada akaun sebenar. 
Perlu di ingatkan, tidak semua broker Forex membenarkan “Scalping”. Jika ada, anda perlu mematuhi terma dan syarat mereka (agar keuntungan anda di bayar).

Indicators:
✪ 21 EMA (via Bollinger Band 20,2 : Level 1 & -1)

✪ MACD (default, Level 0)

Kenapa Strategi ini sesuai pada ECN Account?
✪ Spread: 0.2 – 0.6 pips
✪ Komission : antara $3-$7 per lot dagangan

PART 1 : Strategi Scalping

Buy Setup Rules


✪ Pertama, harga pasaran (candlestick) perlu lengkap menembusi EMA 21 dari bawah ke atas. Maka lihat pula penunjuk MACD.

✪ Mendapati MACD kekal di atas tahap 0.0, maka buka posisi BELI.

✪ Tetapkan SL di bawah purata atau antara 15-35 pips.
✪ Tetapkan TP 20-50 pip untuk setiap kemasukan beli.

Sell Setup Rules


✪ Harga Pasara @ candlestick perlu lengkap melepasi EMA 21 dari atas ke bawah. Maka lihat petunjuk MACD.

✪ Jika MACD berada di bawah tahap 0.0, maka buka posisi JUAL.
✪ Tetapkan SL di atas purata atau antara 15-35 pips.
✪ Tetapkan TP 20-50 pips untuk setiap entri jual.

Harap, anda gembira mempelajari salah satu strategi “scalping” kegemaran kami. Menghargai segala ulasan anda di ruang “komen” sekiranya telah melakukan “back-test” atau mendapati ianya tidak menguntungkan !!!

Walau apapun, kami suka mendapatkan maklum balas anda !!! Happy Forex-ing !!!
Tambahan : Strategi Konvergen & Divergen.

Indikator stochastic (12,4,12) boleh mengalami @ menunjukkan konvergen dan divergen , oleh karena itu pada saat terjadi konvergen atau divergen kita boleh menggunakannya sebagai saat untuk OP.

OP buy adalah ketika terjadi grafik yang semakin merendah sedangkan stochastic meninggi , ditambah adanya garis signal yang memotong garis utama dari atas .

OP sell , adalah ketika grafik semakin meninggi sementara stochastic merendah , ditambah garis signal yang memotong garis utama dari bawah .

Tambahan : FIBONACCI (INTRADAY, SWING)

Tahap fibonacci membolehkan juga untuk mendapatkan pergerakan harga yang bergerak ke kerangka waktu yang lebih pendek (untuk menentukan Take Profit terutama ketika Scalping)

Saranan Pair : Major Pair
Waktu Trade :
TF : M15 atau H1
Indicator : FIBONACCI RETRACEMENT
TP: 80-150 SL: 50-80
Strategi :
Teknik ini sangat disarankan dan banyak digunakan oleh para trader forex profession.

Boleh di adaptasikan kepada strategy yang di paparkan diatas.

Fungsi dari level ini sebagai  Support & Resistance, dimana trader akan melakukan open buy/sell setelah harga menyentuh titik-titik level tersebut.

Pertama, tentukan swing high dan swing low. 

Swing high adalah area tertinggi atas gelombang pergerakan harga (wave).

Swing low adalah area harga terendah. 

Pasang indikator Fibonacci retracement pada chart. 

Ketika saat trend naik, pasang fibonacci retracement dengan menariknya dari titik swing low ke titik swing high .

Saat harga sedang trend turun, pasang indikator fibonacci retracement dengan menariknya dari titik swing high ke titik swing low.

Level 61.8 dan level 38.2 pada fibonacci merupakan level terpenting penentu OP.

1. pemantulan @ reversal @ bounce harga terjadi pada level 61.8 maka kemungkinan target harga adalah 161.8

2. pemantulan @ reversal @ bounce harga terjadi pada level 38.2 maka kemungkinan target harga adalah 127.2

3. 127.2 bisa bertindak sebagai re-test support atau resistance.

FIBONACCI EXTENSION.
– Fibonacci extension digunakan untuk kenal-pasti pemanjangan sesuatu trend (naik ataupun turun).

Level extension adalah seperti berikut 127.2, 138.2, 161.8, 200.0 dan 261.8.

Trader biasanya menggunakan posisi level ini untuk menentukan titik dimana mereka harus mengambil take profit (TP) selepas menembusi suport atau resistance.

Dilampirkan di bawah, idea dan tip lain dikumpulkan dari http://forex-strategies-revealed.com Perhatikan: strategi perdagangan yang dipaparkan untuk tujuan pendidikan atau memberikan sedikit pendedahan (terutama kepada newbies). Peraturan perdagangan mungkin tertakluk kepada tafsiran. Tahap risiko mungkin meningkat secara mendadak di bawah keadaan pasaran yang melampau. Gunakan dan / atau ubah suai idea untuk mencipta gaya / sistem dagangan anda, tetapi hanya dengan risiko anda sendiri. sangat mengesyorkan strategi ujian pada akaun demo sebelum melabur wang ke akaun sebenar.

PELAJARI : CARA MEMILIH BROKER FOREX

Tags
About The Author
Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017
Leave Comment
  1. 1

    Ezard

    Ilmu yang sangat berharga untuk yang baru hendak menceburi bidang forex atau yang ingin mendalami dalam teknik – teknik dan strategi . Kipidap bro.

    Balas

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.