CRYPTO N FOREX
Invest Trade Profit Rewards
Bagi mengenal pasti activiti dan skim pelaburan kripto ponzi skim adalah penting untuk melakukan penyelidikan (due diligence) sebelum melangkah ke dalam dunia matawang kripto.
Kegiatan penipuan yang biasanya di tapak atau laman web cryptocurrency sememangnya banyak. Sesetengah daripada mereka melibatkan penggunaan multi-level-marketing (ada yang menggelarkan “networking”) scam-coin, kontrak, dan mining rig atau program cloud.
Ia tidak berakhir di sini, penipuan yang berubah dari hari ke hari apabila teknologi blockchain berkembang. Oleh itu, anda harus berjaga-jaga semasa memasuki perdagangan, perniagaan dan skim pelaburan kripto.
Selain itu, mengetahui kesahihan kontrak atau skim terdiri daripada “Multi Level Marketing dan Perlombongan Awan (Cloud Mining)” boleh menjadi tugas yang sukar. Ini kerana banyak laman web boleh menulis ulasan palsu untuk firma kontrak tertentu sebagai pertukaran untuk jumlah wang tertentu.
Program, perniagaan atau pelaburan sebenarnya ada produknya yang tersendiri yang memperlihatkan potensi skim perniagaan atau perlaburan tersebut, tanpa mementingkan sangat mengejar orang untuk menyertainya dan bercerita pasal income atau menunjukkan wang berbakul-bakul dalam media sosial.
Penyelidikan yang rapi mengenai sesuatu skim atau pelaburan skim dari lokasi sebenar dan analisa lengkap sebelum mengambil sebarang keputusan mestilah menjadi perkara utama untuk menjauhkan sebarang penipuan sebelum anda kehilangan wang kerja keras anda.
Pelaburan kripto Ponzi adalah satu bentuk penipuan Program Pelaburan Pulangan Tinggi (HYIP) yang tidak realistik untuk dicapai tanpa berlandaskan produk sebenar dan berani menjanjikan “JAMINAN” pulangan (R.O.I) yang besar kepada pelabur.
Pelaburan kripto ponzi skim memerlukan aliran wang yang berterusan untuk dapat bersaing dengan pembayaran dan ianya terdiri daripada :
Membeli kuasa power melombong (mining hashrate) dalam unit Bitcoin @ BTC, dimana syarikat tidak wujud dan tidak mempunyai tenaga pakar, malah tidak mempunyai perkakasan (hardware) untuk melakukan perlombongan kripto. Scam site seperti Auroramine.com, 1-hash.com dan banyak lagi.
Walau bagaimana pun ada diantara Syarikat Penyediaan Crypto Cloud Mining beroperasi secara sah dan di percayai, diantaranya seperti
Eobot : Operational since 2013 – Eobot Inc.,
Get started with as little as $10 – Daily Faucet reward..≡LEARN MORE≡
“pelabur sedia ada” mendapat pulangan dana pelaburan yang disumbangkan dari pelabur baru, seperti site bitkingdom.org dan sebagainya.
Bagaimana anda boleh mencegah aktiviti dan pelaburan ponzi skim di dalam Cloud Crypto Mining, Crypto Trading atau Crypto M.L.M yang berlindung atas nama Matawang kripto seperti Bitcoin, Ethereum, Dash dan sebagainya” . Disini di sertakan beberapa sifat yang digunakan oleh scammer, antaranya :
Dalam dunia pelaburan, Tiada apa-apa pun yang boleh “DIJAMIN“. Jika ada pelaburan mengiklankan diri sebagai pemberian jaminan yang dijamin, anda harus lari dengan serta-merta. Semua jenis pelaburan mempunyai risiko.
kerana ia bukan model perniagaan yang mampan. Tidak hairan lah sekiranya skim-skim ini cuma bertahan sekadar setahun dua, terutamanya sebaik sahaja ahli pendaftaran baru berkurangan dan melambat, di tambah pula peratusan pelabur sedia ada mahu mengeluarkan wang pada masa yang sama.
Skim ini runtuh, dan semua orang akan kehilangan wang mereka, kecuali untuk penganjur atau scammer!! Jadi kepada siapa anda dapat membuat pengaduan?? Maka pentingnya sesuatu skim di kawal selia oleh badan kewangan sesebuah negara untuk memastikan issu dapat diadukan sekiranya berlaku sesuatu penipuan.
Kesimpulan : lakukan pelaburan ilmu terlebih dahulu. Moga topic diatas bermanafaat.