CARA MENGENALI ANALISA DAGANGAN YANG MENGUNTUNGKAN
Mei 27, 2014 2 Comments ANALISA DAGANGAN,BLOG. Zade

Analisa dagangan bermaksud, trader menggunakan data untuk mengenal pasti peluang perkembangan pasaran dan untuk menentukan trend pasaran.

Aktiviti perdagangan dan perubahan harga pada masa lalu, boleh menjadi satu data petunjuk penting mengenai pergerakan harga masa depan.

 

Untuk menjadi Trader pasaran pasangan matawang perlu di ingatkan, memerlukan pengetahuan asas Forex, latihan, pengalaman & usaha (bukan membuta tuli buka posisi ibarat berjudi). Semoga tulisan ini dapat menjadikan daya cetus pemahaman terutama kepada newbies.

 

ASAS ANALISA DAGANGAN  

Terdapat pelbagai strategi, teknik, petunjuk, dan pelbagai jenis carta dan paten yang digunakan oleh para trader diluar sana meng analisa pasaran dengan mencipta dan membangunkan sistem perdagangan mereka sendiri.

 

   “Sistem perdagangan “ adalah satu garis panduan (S.O.P):

•Yang menunjukkan dan menentukan bila waktu sesuai memasuki pasaran dan exit point,

•Tempat meletakkan berhenti had rugi (Stop loss)

•Potensi pergerakkan harga yang memberi keuntungan dan break-even.

•Pengurusan modal: kekerapan waktu dagangan, tahap risiko, syarat-syarat apabila perdagangan perlu ditamatkan untuk mengelak lebih kerugian disebabkan harga berlawanan arah entry, dan sebagainya.

 

JENIS ASAS ANALISA DAGANGAN

ANALISA TEKNIKAL

Pergerakan harga dimasa lampau dikira untuk pengiraan gerak harga yang bakal berlaku. Analisa teknikal terbahagi kepada:

ANALISA FUNDAMENTAL

Analisa pasaran melalui BERITA EKONOMI kepada: daya ekonomi, sosial dan politik keatas bekalan (supply) dan permintaan (demand).

ANALISA TEKNIKAL KLASIK
Paling asas seperti : – Pengiraan Supply and Demand (SND)- Penggunaan trendline dan trend channel- Support & Resistance [SNR]
ANALISA TEKNIKAL MODEN
Penggunaan indicator seperti Bollinger Band Stochastic Oscilator, Moving Average dan banyak lagi

*(Analisis jenis ini tidak mengambil kira faktor seperti ekonomi dunia dan peristiwa politik.)

 

 

 

ANALISA DAGANGAN MEMBENTUK SISTEM DAGANGAN

Untuk membangunkan  “sistem dagangan” anda sendiri,  pengetahuan wajib kepada kunci asas analisa pasaran perlu difahami kerana ia dapat membezakan: 

1.Berdagang dengan kecenderungan Perdagangan Dengan Trend.

2.Arah Retracement (Pembetulan) atau Reversal (Pembalikan).

3.Bekalan (Supply) atau Permintaan (Demand) untuk mengukur Support dan Resistance. 

Gagal memahami perkara asas analisa pasaran akan memberikan impak negatif kepada perdagangan dan meletakkan ; 

1.Risiko keluar dari entry terlalu cepat menyebabkan kehilangan peluang keuntungan.

2.Risiko menahan atau mengapungkan (floating) dagangan (entry) dalam kedudukan negatif terlalu lama (tidak menempatkan atau menghilangkan level Stop Loss) yang akhirnya akaun berhadapan margin call. 

 

ANALISA DAGANGAN TEKNIKAL

Pastikan Ia Mudah Perdagangan Dengan Trend

Sebagai trader (crypto & forex) tidak asing dengan kata-kata “Trend ini adalah kawan anda” dan “Jangan melawan trend”.

Perdagangan Dengan Trend adalah gaya dagangan untuk mendapatkan keuntungan melalui analisa momentum dalam arah tertentu.

Trader akan mencari peluang beli (long) apabila mementum pasangan matawang bergerak ke atas atau peluang jual (short) apabila momentum pasangan matawang sedang menurun.

Hakikatnya, kebanyakan trader sentiasa mempunyai masalah untuk mengenal pasti trend. Jadi bagaimana kita boleh menentukan arah trend?

 

RANGKA MASA ANALISA DAGANGAN

Gunakan rangka masa yang tinggi seperti H1, H4, D1, M1 dan MN (bergantung jenis trading anda samada scalping, intraday, Swing atau position) untuk menentukan atau menilai trend semasa :

Related image

1. UPTREND : Terdiri daripada pergerakkan higher highs and higher lows.

2.DOWNTREND : Pergerakkan harga terdiri daripada lower highs and lows.

3.RANGGING atau SIDEWAY terdiri dari highs and lows dan ia tidak di kategori kan sebagai trend!!!

 

Arah kecenderungan uptrend atau downtrend merupakan potensi terbaik untuk membuka posisi (belian /jualan). Manakala rangging atau sideway bakal memberi impak negatif kepada dagangan anda.

 

STRATEGI merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan. Strategi juga merupakan kebijaksaan memilih pendekatan, serta kecekapan merancang TEKNIK atau kaedah berdasarkan objektif bertrading. Para trader perlu pandai mengambil PELUANG dan MENANGANI RISIKO.

 

INDIKATOR ANALISA DAGANGAN PENGUKUR TREND

Indikator Moving Average merupakan salah satu analisa teknikal dan dapat membantu trader mengenali trend, berdasarkan jangka masa seperti berikut:

 

RANGKA MASA ENTRY MOVING AVERAGE SETTING RANGKA MASA TERTINGGI UNTUK MENENTUKAN TREND JENIS TRADER
M5 atau M15 8, 12, atau 21 M30 / H1 Scalper / Intrader
H1 50, 100, atau 200 H4 / D1 Intrader
D1 50, 100, atau 200 W1 / MN Swinger / Position

 

 

SIFAT PEMBALIKKAN (REVERSAL) ATAU PEMBETULAN (RETRACEMENT) 

Harga di pasaran forex tidak akan terus menerus menaik atau terus menerus menurun, ia akan berlaku pembalikan (reversal) atau pembetulan (retracement).

 

Pembetulan(Retracement) 

Pembalikan(Reversal) 

Pembalikan arah bersifat sementara berlaku dalam trend yang membuat higher highs diikuti dengan higher lows pada uptrend dan lower lows diikuti oleh lower highs pada downtrend.

 

Apabila trend berubah arah, Pembalikan sering dicirikan oleh corak (chart pattern). 

 

Dengan mengenali pergerakan sebagai pembetulan (retrace) atau pembalikan (reversal) di rangka masa yang tinggi, anda boleh mengurangkan kos, menghadkan kerugian dan mengekalkan keuntungan.

Contoh:

 

1- Pada M15 Trend telah menunjukkan berlaku pembalikan trend (dari menurun kepada menaik) selepas berlaku breakout (di trendline)

2- Trader membuka posisi buy (anak panah).

3- Tetapi posisi mengalami kerugian (mengenai Stop Loss).

4- Gambaran dibawah adalah di rangka masa tinggi (H1) pergerakkan di M15 (diatas) hanya berupa pembetulan (retracement).

 

 

AMARAN : Jangan menggunakan rangka masa terlampu rendah seperti M1 M5 M15 untuk mengenal pasti trend selain ia memerlukan lebih banyak perhatian, harga bergerak jauh lebih cepat dan perlu lebih berhati-hati kerana banyak isyarat palsu berlaku.

 

Kesan Isyarat Pembalikan (reversal)

Pentingnya mengetahui isyarat pembalikan atau pembetulan
1. untuk mengesan posisi entry atau reentry sejajar dengan trend pasaran.
2. isyarat untuk keluar dari entry.

Menentukan Skop isyarat

Isyarat Pembetulan
Cara yang paling popular untuk mengenal pasti pembetulan (retracement) adalah dengan menggunakan tahap Fibonacci.

Isyarat Pembalikan
Isyarat pembalikan berpotensi berubah dengan cara berbeza, Ianya boleh diukur melalui ;

 

1. Trend lines dan trend channels:
Isyarat penting dan pengesahan pengakhiran sesuatu trend apabila harga menembus trend line atau trend channel setelah mencapai syarat-syarat sah breakout. Sekiranya harga pasangan masih di dalam kawasan Trend Channel, ia menunjukkan momentum pasangan matawang masih kuat untuk meneruskan trend semasa. >>Lanjut Penggunaan Trend Line dan Trend Channel<<

 

2. Divergence:
apabila trend tidak disokong dengan momentum yang mencukupi.
harganya semakin tinggi dan rendah, tetapi indicator tidak mengesahkan tindakan harga dengan tahap tinggi yang sama, maka kebarangkalian kesinambungan trend menurun.

 

3. Corak Candlestick
Candlesticks adalah petunjuk hebat menunjukkan pengakhiran atau perubahan sesuatu trend.

Pin bar atau engulfing adalah candlestick yang menunjukkan kecenderungan trend pasaran kehilangan momentumnya dan mula melakukan pembalikan trend.  >>Lanjut corak-corak menguntungkan<<

 

4. Support and resistance <“Price Action @ Naked Trading”>
Boleh di ukur melalui penggunaan Trendline atau Trendchannel, Fibonacci retracement / trendline / indikator moving average / Fibonacci targets / Fibonacci extension.

adalah penting untuk memerhatikan halangan yang boleh menghalang momentum dari meneruskan trend dengan memeriksa tahap resistance (ketika uptrend) atau support (ketika downtrend)

momentum menembusi area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa sesuatu trend masih kuat.

Manakala gerakan pantulan di area (trendline) Support atau Resistance sebagai pengesahan bahawa level Support atau Resistance mencapai level overbought atau oversold.

Support dan Resistance dengan menggunakan TRENDLINE dan TRENDCHANNEL sebagai asas menentukan tanda breakout adalah benar atau palsu.

 

5. Corak Carta:
Head and shoulders, inverse head and shoulders, rising wedges, falling wedges, double top, double bottom, triple top, dan triple bottom adalah jenis chart pattern yang menunjukkan kekurangan atau kecenderungan sesuatu trend.

Pengesahan selesainya sesuatu pattern apabila momentum harga melangkaui “neckline”

 

6. Level kelemahan Lower highs and higher lows.
Trend disahkan apabila ia terus bergerak lower lows and higher highs.
Sekiranya trend tidak dapat menembusi resistance atau support dan harga membentuk lower high and higher low, maka aliran trend menunjukkan semakin melemah.

 

7. Elliott Wave
Dengan menghitung alunan gelombang dan alunan dalam gelombang (sub-wave), dapat meningkatkan pemahaman tentang struktur pasaran dan memberikan gambaran yang lebih tepat kepada senario tertentu.

 

8. Indikator Teknikal:
Moving Average, Bollinger bands, oscillator dan banyak lagi.

 

Tutorial Seterusnya : ASAS ANALISA FUNDAMENTAL

Tags
About The Author
Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017
Leave Comment
  1. 1

    forex forum

    Very quickly this site will be famous amid all blogging visitors, due to it’s pleasant content

    Balas
  2. 1

    forex forum

    I’d like to thank you for the efforts you have put in penning
    this blog. I really hope to view the same high-grade blog posts from you later on as well.
    In truth, your creative writing abilities has motivated me to get
    my own blog now 😉

    Balas

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.