KEUNTUNGAN ANTARA PERDAGANGAN DAN PELABURAN KRIPTO
November 24, 2018 No Comments BLOG. Zade

KENALI PELABURAN DAN PERDAGANGAN KRIPTO.

Dewasa ini ramai dikalangan penggemar, pemburu dan pencinta kripto bercerita perihal pelaburan dan perdagangan kripto yang menjanjikan pulangan lumayan tetapi amat sedikit yang mempunyai pengetahuan di dalam industri ini. 

Terdapat ramai juga yang terjebak dalam skim ponzi atau money game kerana ingin pulangan dan keuntungan cara cepat dalam jangka pendek. 

Jumlah urus niaga cryptocurrency setiap hari adalah kira-kira $ 14 bilion mark, sementara dagangan forex sehari lebih hampir $ 5 trilion. Penyebaran atau di kenali sebagai ‘spread’ (perbezaan antara harga beli dan jual) pada perdagangan mata wang asing sekitar ‘beberapa sen’, sementara spread pada perdagangan cryptocurrency dapat setinggi beberapa dolar.


Cari yang sesuai dengan kewangan, pengetahuan dan gaya anda samada untuk pelaburan atau perdagangan dalam matawang kripto.

1. SIFAT PELABURAN KRIPTO

Pelaburan kripto terutama pada umumnya pada BTC, ETH, MONERO dan sebagainya adalah bermaksudnya;

▪ membeli dan menyimpan kripto – ini yang banyak dilakukan oleh kebanyakkan pelabur.

▪ melabur pada hardware-rig atau pada cloud untuk perlombongan kripto.

hodl atau stack untuk perolehi 5-50% kripto dari simpanan didalam secure atau master node.

▪ Skim Pelaburan Kripto melalui smart contract atau Multi Level Marketing.

Pelabur jenis ini akan menyimpan kripto yang diperolehi sehingga harga puncak (rata-rata mereka target 1BTC pada harga >$20k) untuk dicairkan dengan mata wang fiat.

Contoh pelaburan dalam kripto:

melabur $400 di XXCoin hari ini pada harga $4, iaitu akan mempunyai sejumlah nilai 100 XXCoin.

Mari kita anggap kenaikan harga kepada $9 dalam masa setahun. Pelaburan awal $400 bernilai $990, keuntungan 147% selepas setahun.

atau …

Melalui staking coin dalam Secure atau masternode, mari katakan 10% Tahunan – selepas satu tahun menerima tambahan 10XXCoin menjadilan jumlah hasil kepada 110XXCOin.
Jika harga kekal pada $4 selepas setahun – jumlah penumpukan yang ditembusi adalah $440 yang merupakan keuntungan sebanyak $40 Itulah keuntungan 22% tambahan daripada yang dipanggil ‘dividen kripto’. (nota : kebanyakkan pelabur kurang pengetahuan dalam masternode)

atau …

Melalui skim Multi Level Marketing Smart Contract – ini aku tak percaya, skim yang berselindung atas nama MLM atau Networking – kerana kebanyakkannya didapati adalah ponzi skim (rolling duit ahli)!! Walaupun ada jenis skim MLM yang di percayai diluar sana, aku tetap tak berminat. Kalau ada skim MLM yang selamat dan jelas, sila tinggalkan comment anda.

2. SIFAT PERDAGANGAN KRIPTO

Merupakan perdagangan jual beli yang dilakukan di atas platform, baik di platform Pengurup Kripto (Exchanger) mahupun broker trading.

Trading kripto mempunyai tiga cara utama, iaitu;

2.1 DAGANGAN CONTRACT FUTURE DERIVATIVE (CFD)

Platform dagangan yang menawarkan CFDs atau margin trading memperdagangkan nilai asset tanpa menyimpan atau membeli kripto.

Ianya trading cara forex yang mempunyai istilah seperti Long, Short, Pips, Margin Call, Leverage dan segala aspek strategi yang meliputi konsep perdagangan forex

Kaedah ini membolehkan trader untuk berdagang atau melabur asset kripto melalui kontrak dengan syarikat broker crypto atau forex. 

Memperdagangkan pasangan matawang kripto seperti btcusd, ethusd, bchusd dan sebagainya, sehingga berpotensi menghasilkan profit walau kemana arah pun pergerakan harga (turun atau naik).

Instrument CFD juga didagangkan menggunakan alat (tools) stop loss, take profit dan leverage.

TIP: harga pasaran Mata wang kripto tidak menentu atau sentiasa bergolak (volatile). Maka hanya lakukan “margin trading” jika anda benar-benar faham berurusan dengan dagangan jenis ini. 

2.2 DAGANGAN DI PENGURUP KRIPTO (CRYPTO-EXCHANGE)

Di dalam perdagangan kripto  sebenarnya lebih mirip kepada pembelian dan penjualan barangan pada kadar nilaian, ertinya membeli dan menjual barang berupa kripto (juga di kenali sebagai coin) melalui syarikat pengurup kripto

Perdagangan di pengurup kripto, ianya cukup simple dan mudah iaitu nilaian harga beli < tidak melebihi nilai harga jual, maka pedagang akan memperolehi keuntungan dengan membeli dan menjual kripto dalam jangka pendek.

Bagi dagangan pasangan matawang kripto melalui CFD atau margin trade, stok dan komoditi mempunyai rentang masa pasaran dibuka dan ditutup, tetapi ini tidak berlaku di dagangan pengurup kripto yang boleh dilakukan setiap waktu 24/7.

CARA SIMPLE TRADING DI PENGURUP KRIPTO-(Exchange)

1 – Buka akaun bersama Exchanger (aku akan berkongsi lebih lengkap pada post akan datang dari aspek keselamatan, harga terbaik dan sebagainya, kerana tidak semua exchanger bebas penipuan).

2 – Nilai asas matawang kripto ialah Bitcoin. Trader akan mendepositkan sejumlah nilai Bitcoin kedalam akaun trading untuk membeli Altcoins seperti Ethereum, ZCash, XRP, Bitcoincash, Bitcore dan sebagainya.

3 – Membuat pembelian Altcoin (pada kadar harga rendah) dengan nilai Bitcoin, dan menjual kembali Altcoin (pada kadar harga tinggi dari pembelian sebelumnya).

4 – Penerapan penggunaan analisa SUPPORT dan RESISTANCE di perlukan sebelum memulakan trading.

5 – Semua keuntungan ditukar semula ke Bitcoin pada akhiran trading pada setiap hari dagangan. Nilai Bitcoin ini tadi dicairkan kepada matawang fiat apabila nilai harganya tinggi.

2.3 DAGANGAN KRIPTO ARBITRAGE TRADING 

Ini adalah cara paling selamat untuk mendapatkan wang dengan perdagangan kripto.

Arbitraj bermakna mewujudkan peluang membeli aset di satu tempat atau platform untuk harga tertentu dan menjualnya dengan segera di tempat lain untuk harga yang lebih tinggi.

Adalah penting untuk mengetahui aset tersebut boleh dijual dengan segera pada harga tertentu. Sekiranya ini tidak berlaku, maka ia hanya spekulasi yang membawa kepada perjudian.

Seperti yang kita ketahui, pasaran mata wang kripto adalah pasaran bebas yang berada di luar kawalan kerajaan, sebab itulah ia mempunyai banyak perbezaan harga dan juga kadar turun dan naik di sesebuah exchanger. (biasanya didapati 5% hingga 40% penyebaran harga).

ROBOT DAGANGAN CRYPTO.

Robot Trading adalah program komputer yang menggunakan algorithm atau kod indikator untuk menganalisa trend pasaran sebelum membuka “entry” pembelian dan penjualan secara automatik.

Kebanyakkan kripto robot trading ini perlu di beli, hanya satu atau dua sahaja yang percuma.

Penggunaan analisa yang di terapkan di dalam robot trading terdiri daripada :
1 – candlestick chart
2 – EMA atau exponential moving average
3 – Cloud-based platform.

KESIMPULAN PELABURAN PERDAGANG KRIPTO

Hakikatnya, ramai orang di luar sana melabur dan berdagang pada masa yang sama didalam perdagangan kripto dan forex. 

About The Author
Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.