Asas binary option dalam instrumen pelaburan Derivatif terdapat beberapa jenis kontrak derivatif iaitu : Spot’,‘futures’, ‘forwards’, ‘swaps’ dan ‘option’.

Derivatif bermaksud satu transaksi melibatkan ‘kontrak’ atau ‘persetujuan’ antara dua pihak (disini adalah anda dan broker).

Binary Option adalah satu produk pelaburan pasaran kewangan yang mula diperkenalkan pada 2008 apabila ia disenaraikan pada Chicago Board of Options Exchange (CBOE)

Sebelum penyenaraian, binary option didagangkan secara aktif hanya di kalangan ‘institutional investors’ seperti firma-firma kewangan dan bank-bank pelaburan.

Keupayaan untuk menguruskan risiko vs ganjaran tepat adalah salah satu faktor trader terus berduyun-duyun menceburi pelaburan BINARY OPTION.

Perkataan binari bermaksud “yang mempunyai dua bahagian”. Kontrak pelaburan pilihan dengan keuntungan dan risiko kerugian yang tetap mengikut kemampuan kewangan trader dari serendah modal 1USD.

KENALI ASAS BINARY OPTION TRADING

Binary Option adalah satu perniagaan atau pelaburan keatas aset yang diniagakan seperti ;

INDEKS: Seperti Nasdaq, Dow Jones, FTSE, Nikkei dan banyak lagi.

FOREX : semua pasangan mata wang utama seperti USD, EUR, GBP, JPY dan AUD.

‌KOMODITI : Emas, Perak, Minyak, jagung, kopi dan beberapa lagi.

‌STOK @ SAHAM : Lebih daripada 45 syarikat terbesar dan yang paling menarik di dunia dari pelbagai industri boleh didapati di kalangannya – Google, Deutsche Bank, Coca Cola dan banyak lagi.

JENIS PERINTAH (ORDER) YANG ADA DALAM BINARY OPTION

Call vs Put

Merujuk kepada sama ada memilih UPtrend (CALL) atau Downtrend (PUT) dari harga semasa.

‌Touch atau No Touch

Merujuk kepada sama ada harga asset akan menyentuh atau tidak menyentuh titik tertentu. Pilihan ini boleh mendapat keuntungan sehingga 500% (bergantung kepada broker). Bagaimana pun pelaburan pilihan ini amat sukar untuk di kenal pasti pergerakkan harga.

‌Double Touch / Double No Touch

Seperti yang lain tetapi mempunyai dua mata untuk berdepan dengan.

Boundary

Satu pilihan apabila broker menawarkan trader dengan dua harga. Trader boleh membuat keputusan memilih samada:
‌Harga akan berakhir didalam harga tawaran atau…
‌Harga menembusi sempadan harga yang di persetujui. Tidak semua broker menawarkan Boundary Option.

In-the-Money

Ia bermakna trade anda adalah dalam keuntungan.

Out-of-money

Ia bermakna trade anda dalam kerugian.

Trading Platform

platform webtrader atau android, di mana anda boleh trade dari mana-mana 24jamx7hari.

Webtrader Ia tidak perlu di muat turun (download) dan aktif online dan Android version perlu di install. Platform nya adalah sangat mudah difahami.

Komoditi di Trade 

Anda boleh pilih aset yang anda ingin trade dengan menekan button kiri atas di situ.

PRICE @ Harga Semasa 

Harga Stok, Komodity, Forex dan lain2 yang merujuk adalah pada harga semasa.

Return @ Payout 

Pulangan atau keuntungan yang ditawarkan oleh broker kepada trader (keatas jumlah pelaburan). Tawaran bayaran adalah tetap antara 75-95% (sekiranya transaksi berjaya) dan 0% sekiranya kerugian (trader akan kehilangan jumlah pelaburan)

Tamat Tempoh @ Expiry Time dan Expiry Date 

Juga dipanggil tempoh matang, Ia menunjukkan masa trade anda akan tamat. Anda juga boleh pilih tempoh tamat yang berlainan dengan menekan button ‘Options Expire At” di kanan atas. Hanya tempoh masa dari saat anda ‘membeli’ kontrak option sehingga ia ditutup. Ini boleh menjadi secepat 60 saat, 5minit atau menjangkau selama sebulan. Majoriti trader profesional berdagang BINARY OPTION jangka pendek dari 60 saat hingga 30 minit. 10minit adalah yang sesuai.

SETERUSNYA : TRADING BERMULA DI AKAUN DEMO

.