CRYPTO N FOREX
Invest Trade Profit Rewards
Haruslah terlebih dahulu memahami asas forex sebelum pergi lebih jauh dan serious dalam perniagaan ini.
Terdapat pelbagai cara menjanakan pendapatan melalui FOREX, seterusnya mencuri peluang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.
Pertukarang matawang asing atau di kenali sebagai FOREX bukanlah pelaburan ataupun skim, tetapi ianya adalah perniagaan.
Barang yang didagangkan atau diniagakan adalah MATAWANG di dalam bentuk pasangan yang juga di panggil “PAIR”
Pasaran Forex awalnya dibuka hanya kepada bank dan institusi pelaburan kerana salah satu faktor, perniagaan ini memerlukan modal yang besar (jutaan dollar) yang hanya mereka (syarikat, individu bank2 pusat) yang mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh dibenarkan untuk melakukan dagangan Forex. Akaun Regular=100,000usd Akaun Mini=10,000usd.
Faktor pengaruh Internet dan ekonomi dunia Sejak 1996, peralihan Pasaran Forex berstatut tinggi ini dibuka kepada trader atau pelabur kecil.
Melalui Syarikat Broker Forex yang menawarkan modal akaun serendah 5USD (low deposit) dengan memperkenalkan Leverage, amat mudah kepada trader bermodal kecil untuk terlibat dalam perniagaan pendapatan online ini.
SPOT : Para Trader membeli atau menjual matawang pada masa yang sama.
FUTURE
1 perjanjian membeli atau menjual sesuatu matawang pada masa akan datang yang telah dipersetujui bersama, samada dalam tempoh sebulan, 2 atau 3. *tiada butir lanjut perihal dalam artikel ini.
PERBEZAAN FOREX DAN SAHAM
FOREX
SAHAM
JENIS MATAWANG
MAJOR seperti USD, EUR, GBP, CHF, JPY, AUD & CAD.
MINOR adalah Selain dari Matawang Major.
MATAWANG PASANGAN
MAJOR PAIR yang berpasangan dengan USD. 4 major pair paling utama; EUR/USD, GBP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.
CROSS PAIR adalah Semua matawang tidak berpasangan dengan USD seperti EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya).
WAKTU PASARAN / DAGANGAN FOREX
Di buka 24jam dan berlanjutan 5 hari seminggu dari isnin sehingga jumaat.
Waktu tepat untuk memperolehi keuntungan forex pendapatan online;
• 5am Isnin Waktu Malaysia : Pasaran mula dibuka di Sydney@8am.
• 9am (waktu Malayisa) Di ikuti Pasaran Tokyo dibuka.
• 4pm : Bursa / Pasaran London di buka.
• 8pm : New York Pasaran di buka.
• 5am Selasa (waktu Malaysia) Sejurus Pasaran NewYork ditutup, dagangan bersambung semula pasaran di Sydney.
“Putaran pasaran ini akan berterusan sehingga di tutup pada 5am Sabtu Waktu Malaysia (5pm Jumaat waktu New York). Sabtu & Ahad pasaran di tutup dan di buka semula pada isnin. Selagi pasaran terbuka, anda bebas untuk lakukan urus-niaga mengikut masa & lokasi anda (dirumah, pejabat, mamak stall, toilet. Waktu-waktu pasaran ini yang menggerakkan Chart Forex di Platform. Menjadi sangat aktif ketika pertembungan masa”
Secara umum, untuk menembusi Pasaran Forex, ia memerlukan modal yang besar untuk membuka setiap posisi Jual atau Beli.
Ianya suatu Entiti berupa kadar pinjaman sementara dari syarikat broker untuk trader dengan modal yang kecil.
Kiraan Leverage bole di pilih, ianya mempunyai beberapa nisbah 1:100, 1:200, 1:300, 1:500, 1:1000.
Cara menghitung margin (jaminan) dengan leverage :
Contoh1 : jika trader memilih akaun leverage 1:100 dan deposit 100USD, maka ia memiliki peluang untuk membeli matawang dengan jumlah mencapai 100 x 100 = 10000 USD.
kredit atau Leverage secara automatik ditutup pada penutupan penawaran.
jumlah jaminan tetap pada akaun trader sebagaimana juga dengan seluruh keuntungan.
Leverage yang besar akan memberikan pinjaman yang besar kepada anda, Risiko juga semakin besar.
Oleh itu, penggunaan leverage yang besar memerlukan “money management” yang betul.
Sebenarnya sesiapa sahaja boleh melakukan urusniaga forex ini tanpa melalui syarikat2 broker dengan terus berurusan ke bank.
Namun yang demikian, modal & bayaran dikenakan oleh bank amatlah tinggi dan tiada Leverage.
Dengan adanya leverage dari syarikat broker semua orang boleh melakukan urusniaga forex dalam modal yang kecil.
Pengiraan saiz lot ketika trading. Ia juga berhubung kait dengan Leverage.
Tiada posisi dagangan boleh dibuka sekiranya baki margin tidak mencukupi. Pentingnya pengurusan margin untuk mengelakkan kerugian berterusan.
• Perbezaan atau selisih harga antara harga BELI [ASK] & JUAL [BID].
• Selisih harga adalah upah perkhidmatan kepada syarikat broker yang menyediakan akaun, payment gateway & sebagainya. Semakin kecil spread yang ditawarkan oleh broker forex, ia menguntungkan Para Trader.
• Posisi SELL adalah pada harga BID, apabila posisi harga ditutup ia mengikut pada harga ASK (BUY). Contoh;
Posisi | Open Pada | Close (TP */ SL **) Pada |
Buy (Beli)(Long) | Harga Ask | Harga Bid |
Sell (Jual)(Short) | Harga Bid | Harga Ask |
Adalah ukuran turun dan naik chart dari permulaan transaksi dibuka.
Contoh1;
Membuka posisi BELI Eur/Usd berharga pada kedudukan 104.0000.
Setelah harga naik pada kedudukan 104.0020 [dan posisi ditutup].
Maka perbezaan 104.0000 & 104.0020 = 20. Maka 20 adalah keuntungan yang dipanggil pips.
Contoh2;
Membuka posisi BELI Eur/Usd berharga pada kedudukan 104.0000.
Setelah harga turun pada kedudukan 103.9980 [dan posisi ditutup].
Maka perbezaan 104.000 & 103.9980 = -20. Maka 20 adalah kerugian dipanggil pips.
Segala nilai transaksi dalam pasaran forex dikira mengikut jumlah lot.
Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk seragam harga pasaran.
Nilai Lot bergantung pada jenis akaun.
Nilai Lot bergantung pada jenis akaun.
Jenis | Harga |
Akaun Standard |
1 lot bersamaan dengan USD 10. |
Akaun Mini | 1 lot bersamaan dengan USD 1. |
Akaun Mikro | 1 lot bersamaan dengan USD 0.10. |
Nilai lot berbeza antara syarikat-syarikat broker.
Mempengaruhi jumlah setiap PiP keuntungan.
Contoh;
1Lot=1USD, maka 10Pip x 1USD =10usd
1Lot=0.10USD, maka 10pip x 0.10=1usd.
Secara umum transaksi adalah Buy dan Sell terhadap pairs yang tersedia. 2 jenis perintah order untuk setiap transaksi
i. Instant executions: Order (buy atau sell) yang dilakukan pada saat harga pasaran semasa.
ii. Pending orders: Order yang akan terlaksana apabila menyentuh suatu titik harga yang telah dipasang (dengan kata lain harga booking). Pending order terbahagi kepada 4 jenis arahan:
1. Buy Stop: Memasang order BELI pada harga tertentu (diatas harga semasa), apabila aspek pergerakkan harga memperlihatkan cenderung untuk terus menerus bergerak NAIK. Posisi BELI akan terlaksana, secara automatik apabila harga menyentuh titik “BUY STOP”. Seterusnya trader akan mendapat “Untung” apabila harga terus bergerak naik selepas titik “Buy stop”.
2. Sell Stop: Memasang order “JUAL” pada harga tertentu (dibawah harga semasa),apabila aspek pergerakkan harga memperlihatkan cenderung untuk terus menerus bergerak TURUN. Posisi SELL akan terlaksana, secara automatik apabila harga menyentuh titik “SELL STOP”. Seterusnya trader akan mendapat “Untung” apabila harga terus bergerak turun selepas titik “Sell stop”.
3. Buy Limit: Memasang order “BELI” pada harga tertentu (dibawah harga semasa), apabila aspek penurunan pergerakkan harga memperlihatkan cenderung kearah pembalikkan (bounce-up) disesuatu titik harga. Posisi BELI secara automatik terlaksana, apabila harga turun menyentuh titik “Buy Limit”. Seterusnya trader akan mendapat “Untung” apabila harga bergerak naik selepas titik “Buy Limit”.
4. Sell Limit: Memasang order “JUAL” pada harga tertentu (diatas harga semasa), apabila aspek kenaikan pergerakkan harga memperlihatkan cenderung kearah pembalikkan (bounce-down) disesuatu titik harga. Posisi JUAL secara automatik terlaksana, apabila harga naik menyentuh titik “Sell Limit”. Seterusnya trader akan mendapat “Untung” apabila harga bergerak turun selepas titik “Sell Limit”.
Arahan untuk meminimakan kerugian sekiranya berlaku, setelah membuka transaksi JUAL atau BELI pada satu-satu pasangan matawang. Ia perlu di pasang pada setiap posisi yang di buka.
Arahan berfungsi sebagai penutup posisi yang telah dibuka secara automatic. Ia perlu di pasang pada setiap posisi yang dibuka.
Interes atau komisen atau bunga yang dikenakan untuk memindahkan posisi yang masih terbuka ke hari berikutnya (Bunga akan dihitung dari open posisi anda setiap melepasi 5pagi waktu Malaysia).
Contoh kiraan SWAP pada USD/JPY
Suku Interest/Bunga: USD = 5.25% & JPY = 0.5%
Jika, BUY USD/JPY bermaksud meminjam JPY untuk ditabungkan di USD , sehingga trader mendapatkan bunga :
-0.5% + 5.25% = +4.75%
Jika, SELL USD/JPY, bermaksud trader akan dibebankan oleh biaya bunga
-5.25% + 0.5% = -4.75%
Bunga juga dihitung berdasarkan jumlah nilai volume lot (quantity contract saiz) dan BUKAN dari modal anda. Bunga dihitung mulai dari hari Isnin hingga Jumat (pada posisi yang terbuka), *di hari Rabu-Kamis kadar bunga adalah dihitung 3x lipat (sehingga total 1 minggu adalah = 7x bunga).
*Untuk trader muslim pilih untuk tidak SWAP (kerana ianya RiBA) dengan memilih akaun SWAP FREE AKAUN.Sila rujuk kepada broker anda untuk memanfaatkan Akaun Islamik, dapat menghindarkan trader dari penghitungan kadar swap untuk setiap posisi trade yang dibuka hingga keesokan harinya.
• Sesuatu kajian Pergerakan Chart / Graphic samada harga menguat / melemah sebelum membuka posisi (Jual / Beli). Terbahagi kepada:
Terminal Perisian / Software menghubungkan TRADER ke pasaran FOREX bagi tujuan menganalisa pergerakan chart (yang terdiri antara CANDLESTICK, BAR atau Line), membuka transaksi jual beli dan melihat baki akaun.
Terdapat beberapa jenis PLATFROM FOREX dan ianya bergantung kepada BROKER
• Syarikat yang menjalankan / menguruskan selia / mengawal activity urusniaga dana TRADER FOREX. Merupakan “perantaraan” antara TRADER dan BANK dengan menyediakan “trading account” & “platform”.
• PERHATIAN : Pemilihan Broker Forex ini perlu di teliti dan di kenal pasti secara mendalam agar anda terhindar dari SCAM BROKER @ Broker Penipu. Di sertakan cara dan langkah-langkah asas memilih Broker Forex.
• Individu yang berniaga dalam FOREX melalui Platform yang disediakan oleh Broker. Setiap trader forex adalah unik dan harus mencari gaya dagangan yang sesuai dengan keperibadian mereka, adakah jenis scalper, intrader atau swinger
• ilmu Asas Forex, Strategi dan Teknik Forex.
• Computer atau Smartphone atau Tab.
• Talian Internet ( hotspot, wifi, Maxis, Celcom, Digi dsbg).
• Modal (serendah 5usd, saranan mula dari 100usd)
SETERUSNYA : LANGKAH AWAL BERMULA DI DEMO AKAUN