KEUNTUNGAN ROBOT DAGANGAN ATAU PENASIHAT PAKAR (EA)
Disember 8, 2018 No Comments BLOG. Zade

APAKAH ROBOT DAGANGAN

Sebelum anda menyerahkan segala transaksi untuk dilakukan oleh system robot dagangan juga di kenali sebagai Expert Advisor (EA), ada baiknya anda ketahui dulu apa itu robot dagangan, kekurangan dan kelebihan dari system ini.

Ia adalah sebuah Perisian dagangan automatik ( ia juga di panggil sebagai Expert Advisor.

Dengan menggunakan algoritma pengaturcaraan analisis teknikal yang direka bagi mengenal pasti pasaran untuk membeli atau menjual dan menutup pasangan matawang secara automatik pada masa tertentu.

penggunaan robot dagang melalui VPS membolehkan ia bekerja 24jam tanpa henti).

Robot dagangan dapat menjalankan ratusan malah ribuan transaksi pada setiap peluang mengikut penetapan algoritma yang terkandung.

PLATFORM ROBOT DAGANGAN

Program Expert Advisor (EA) atau Robot dagangan ini berfungsi melalui urusniaga perisian atau platform :

1. MetaTrader 4 dan MetaTrader 5 dalam perdagangan forex.

2. Pengurup kripto. *buat masa ini amat kurang atau terhad yang boleh di pasang kepada beberapa platform pengurup kripto sahaja.

MENCARI ROBOT DAGANGAN

Bagi trader yang tidak menguasai coding atau bahasa pengaturcaraan, tentu tidak mampu membuat expert advisor sendiri.

Cara yang mudah, adalah dengan mendapatkan secara percuma atau dengan membeli robot dagangan ini yang banyak terdapat di laman-laman web..Google kan aje!

Tetapi bagaimana hendak tahu mana satukah robot dagangan yang benar dapat memberikan keuntungan atau sebaliknya?

Ianya satu tanda SOAL yang amat besar. Ini kerana semua pencipta robot dagangan mengaku robot dagangan mereka adalah terbaik di pasaran.

Kebanyakkan robot dagangan percuma peratusan keuntungan selalunya tidaklah semaksima robot dagangan premium (iaitu berbayar samada satu kali bayaran ataupun di kenakan bayaran bulanan).

Perbezaan harga ini adalah atas factor pengaturcaraan algoritma terhadap satu-satu system robot tersebut.

Disamping itu juga para trader perlu tahu cara memasang robot dagangan dan cara penggunaannya (kebiasaannya penjual akan sentiasa membantu anda).

KELEBIHAN PENGGUNAAN ROBOT DAGANGAN.

1. Tiada pengaruh emosi.

tanpa melibatkan perasaan seperti tiada keyakinan diri, maupun emosi seperti yang biasa kita lakukan dalam melakukan manual trading

2. Pelbagai Tugas.

Boleh melakukan dagangan pelbagai transaksi dalam setiap masa untuk jangka pendek terutama kepada scalper.

3. Tiada analisa manual.

Tidak perlu menghabiskan waktunya didepan komputer untuk analisa pasaran.

KEKURANGAN PENGGUNAAN ROBOT DAGANGAN

Harga EA robot yang berkualiti (peratusan keuntungan tinggi) sangat mahal.

Kebiasannya, robot dagangan kurang mampu menganalisa pada kondisi pasaran terutama ketika pengumuman berita ekonomi (selalunya trader akan menghentikan robot sementara berita ekonomi berlangsung).

Umumnya, prestasi robot dagangan diukur dengan backtest atau forward test.

PASTIKAN LAPORAN PRESTASI DAN PERATUSAN KEUNTUNGAN

Pengeluar robot dagangan akan berkongsi keputusan di myfxbook)  sebelum Anda membeli Robot dagangan.

KESIMPULAN PERIHAL ROBOT DAGANGAN

Perlukah ilmu dagangan? sedangkan anda sudah mempunyai robot dagangan.

Ada baiknya bermulakan dengan mengenali dan mengetahui pelajaran asas (binary, kripto dan forex) dan memahami cara berdagang secara manual (terutama kepada pemula @newbies).

Bila asas telah difahami, maka amat mudah mencari pendekatan dan mendapatkan robot dagangan.

About The Author
Zade Zade sebagai penulis hantu dan telah menyediakan perkhidmatan secara bebas sejak tahun 2017

Leave a reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.